1. Guru subjek (GS) merupakan pengguna kedua template ini selepas Guru Ketua Panitia (KP) melengkapkan data asas yang diperlukan. Maka GS perlu pastikan sentiasa mendapatkan salinan fail yang terkini daripada KP selepas sesuatu ujian dilaksanakan sepanjang tahun agar dapat menjana kumpulan sasar yang relevan untuk tindakan program intervensi yang sesuai.
2. Secara umum terdapat dua jenis helaian yang berkaitan dengan GS iaitu helaian data tetap dan helaian data dinamik.
a) Helaian data tetap bermaksud data dan hasil analisis yang tetap dan tak berubah sepanjang tahun selepas KP muktamadkan. GS perlu jana dan cetak untuk rujukan dan simpanan fail headcount masing-masing. Helain-helaian berkenaan yang berkaitan dengan GS ialah:
i) Helaian ANALISIS HC2-KP.
Helaian ini memaparkan hasil analisis perbandingan TOV dan ETR setiap kelas.
ii) Helaian HC2-GS.
iii) Helaian ANALIS HC2-GS. Helaian ini memaparkan analisis data TOV dan ETR dalam bentuk jadual dan graf kelas pilihan yang telah dipilih di helaian 'HC2-GS' .
b) Helaian data dinamik bermaksud data dan hasil analisis yang dijana berubah bergantung data markah AR yang dipilih dalam helaian berkenaan. Hasil analisis helaian ini akan dibersihkan setiap kali ditutup (close) kerana mempertimbangkan ianya akan digunakan oleh GS yang lain. Sila pilih Kod Ujian dan Nama Kelas dalam kekotak yang disediakan dan seterusnya klik butang KEMASKINI. Antara helaian berkenaan ialah:
i) Helaian SIJIL HC-KELAS
Helaian ini akan menjana secara auto Sijil Penghargaan kepada calon yang berjaya mencapai OTR setiap kali ujian.
Helaian ini memaparkan pelaporan perkembangan prestasi dalam bentuk Graf Prestasi Diri (GPD). Pengguna hanya perlu memilih kelas dan nama pelajar daripada drop-down list yang disediakan.
iv) SENARAI NML
v) ANALISIS NMC KELAS
vi) SENARAI NMC
vii) KATEGORI OTR-AR
viii) HC3-GS
ix) ANALISIS HC3-GS
x) HC (i+1) KELAS
.... kandungan blog masih dalam proses dikemaskini disesuaikan dengan pakej versi terkini (pengaturcaraan dalam template sentiasa dikemaskini apabila terdapat permintaan/cadangan output atau analisis daripada pengguna berdaftar. Pengguna berdaftar akan memperoleh template terkini secara PERCUMA!. jadilah pengguna berdaftar)
No comments:
Post a Comment